Wednesday, December 30, 2009

ALIRAN SENI LUKIS

ZAMAN PERTENGAHAN

  1. Tidak bersifat individu, karya tidak diletakkan nama pengkarya
  2. Subjek utama : keagamaan yang terdapat dalam penceritaan kitab keagamaan. Contoh, kitab Bible
  3. Catan kebanyakannya dilukis pada kulit binatang
  4. Media : cat air, dakwat, tempera

RENAISSANCE

  1. Perkembangan catan paling pesat pada abad ke-15 dan 16
  2. Catan dihasilkan di gereja, bangunan awam dan rumah-rumah persendirian
  3. Subjek utama : figura manusia dan imej agama kristian
  4. Teknik utama : Chioroscuro - kesan cerah yang seoleh-oleh datang dari luar luar kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Menimbulkan kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera
  5. Sfumato : olahan cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya dan penggunaan warna lembut
  6. Perspektif linear : gambaran horizon secara sistematik untuk mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan mengikut aras mata dan perspektif.
  7. Media utama : fresco, cat minyak dan tempera
  8. Contoh pengkarya
  • GIOTTO
  • PIETRO CAVALLINI
  • LEONARDO DA VINCI
  • MICHELANGELO
  • RAPHAEL
  • ANDREA DEL SARTO















MICHELANGELO



BAROQUE
  1. Subjek utama : imej keagamaan yang bersifat ilusi atau khayalan untuk membawa audiens ke syurga, figura manusia dan latar belakang seperti landskap
  2. Tekni utama : Tenebrism - kontra terang gelap yang tinggi dan memberi kesan kepada bentuk, ruang dan kesan ke atas cerita. Contohnya kesedihan dan simpati pada cerita yang digambarkan
  3. Media utama : cat minyak
  4. Contoh pengkarya
  • CARAVAGGIO
  • DOMENICHINO
  • REMBRANDT















CARAVAGGIO




ROKOKO
  1. Subjek utama : seni hias di istana yang melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjek diolah daripada petikan cerita-cerita hikayat dan agama dan landskap serta potret individu
  2. Contoh : di taman-taman bunga dan dalam istana
  3. Teknik utama : secco su fresco
  4. Media utama : cat minyak
  5. Contoh pengkarya
  • FRAGONARD
  • GAINSBOROUGH
  • REYNOLDS
















FRAGONARD




NEO-KLASIK
  1. Lahir pada penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19
  2. Memperjuangkan moral dan kisah tentang petriotik
  3. Memperjuangkan suara rakyat melalui anutan fahaman humanisme dan idealismenya
  4. Subjek utama : menceritakan subjek berkaitan sejarah dan hikayat Yunani dan Romawi
  5. Media utama : cat minyak
  6. Contoh pengkarya
  • JACQUES-LOUIS DAVID
  • INGRES
















JACQUES-LOUIS DAVID




ROMANTISSISME
  1. Merujuk kepada kemuliaan, sentimen terhadap wira dan kepujian terhadap sesuatu. Ia tidak merujuk kepada perkataan asal 'romance' yang mengisahkan percintaan
  2. Subjek utama : imej sejarah, keindahan landskap, perasaan simpati, kejujuran dan suasana perang
  3. Mementingkan ketepatan gambaran dari segi perasaan, emosi dan suasana perang
  4. Penggunaan warna yang kelam dan murung menimbulkan karya yang lebih dramatik
  5. Media utama : cat minyak
  6. Contoh pengkarya
  • DELACROIX
  • GOYA
  • WILLIAM TURNER












DELACROIX




REALISME
  1. Menolak gambaran secara tradisional dan fiksyen
  2. Subjek utama : rakaman alam semula jadi dan situasi sebenar kehidupan harian
  3. Teknik merakam imej secara realistik dan mementingkan ketepatan dan kebenaran apa yang dilihat oleh mata
  4. Media utama : cat minyak
  5. Contoh pengkarya
  • DAUMIER
  • MILLET
  • COURBET









MILLET



IMPRESSIONISME

  1. Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan
  2. Subjek utama : rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran
  3. Teknik : merakam imej dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna yang mengambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang dilukis
  4. Media utama : cat minyak
  5. Contoh pengkarya
  • CLAUDE MONET
  • RENOIR
  • MANET









CLAUDE MONET



POST-IMPRESSIONISME

  1. Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan dan mula bersifat emosi individu
  2. Subjek utama : rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran
  3. Teknik : gabungan warna yang mementingkan kepada kajian bentuk sesuatu benda, ekspresi emosi melalui gabungan warna dan bersifat individu seperti gambaran perasaan takut, tegang dan misteri
  4. Media utama : cat minyak
  5. Contoh pengkarya
  • PAUL CEZANNE
  • SEURAT
  • VAN GOGH
  • GAUGUIN
  • BONNARD





VAN GOGH

ALIRAN SENI LUKIS

FAUVISME

  1. Subjek utama : merakam pelbagai imej yang manggambarkan potret, figura manusia, langskap dan alam benda
  2. Teknik : mementingkan kespontanan, penggunaan warna yang terang dan cerah. tidak mementingkan ruang sebenar tetapi mementingkan perasaan dan emosi yang lahir ketika imej tersebut dilukis. Warna tidak natural, menggunakan warna terus daripada tiup warna.
  3. Media utama : cat minyak
  4. Contoh pengkarya
  • HENDRI MATISSE
  • ANDRE DERAIN











HENDRI MATISSE

EKSPRESSIONISME

  1. Subjek utama : merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda
  2. Teknik : imej dipermudahkan, diolah secara ekspresif, sapuan warna yang kasar dan garang, melahirkan luahan perasaan seperti kemarahan, menakutkan, emosional dan imej diolah secara abstrak
  3. Media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • EMIL NOLDE
  • WASSILY KANDINSKY
  • EDVARD MUNCH
  • FRANZ MARC










WASSILY KANDINSKY

KIUBISME
  1. Subjek utama : merakam pelbagai inej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda
  2. Teknik : pencarian baru dan kefahaman dalam seni tampak. Subjek dipecahkan kepada pelbagai satah atau kiub
  3. Media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • PABLO PICASSO
  • GEORGE BRAQUE
  • JEANNE RIJ-ROUSSEAU
  • LOUIS MARCOUSSIS















PABLO PICASSO

FUTURISME

  1. Subjek utama : merakam imej yang berkaitan dengan perkembangan teknologi, gerakan manifestasi kemajuan, teknologi dan sains
  2. Media utama : cat minyak dan media campuran
  3. Contoh pengkarya
  • BOCCIONI
  • GIACOMO BALLA
  • DAVID BURLIUK
  • CARLO CARRA
  • TULLIO CRALI
















BOCCIONI

DADAISME
  1. Subjek utama : gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Pertama, menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman
  2. Teknik : melahirkan imej yang seoleh-oleh tidak bermakna, iaitu gambaran kepada suasana akibat peperangan dan kehidupan manusia manjadi seoleh-oleh tidak bermakna
  3. media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • MARCEL DUCHAMP
  • MAN RAY
  • KURT SCHWITTERS
  • FRANCIS PICABIA
  • JOHN HEARTFIELD
















MARCEL DUCHAMP

SUREALISME
  1. Subjek utama imej khayalan, bawah sedar dan alam mimpi, bersifat imej simbolik
  2. Media utama : cat minyak dan media campuran
  3. Contoh pengkarya
  • SALVADO DALI
  • GIACOMETTI
  • JOAN MIRO
  • MARC CHAGALL
  • MARCEL DUCHAMP
  • RENE MAGRITTE
  • MAX ERNST












SALVADO DALI

ABSTRAK EKSPRESIONISME

  1. Gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Kedua, menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman
  2. Luahan perasaan yang dilahirkan melalui sapuan berus yang spontan dan bebas. Melibatkan aksi dan pergerakan badan dalam penghasilan karya
  3. Media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya :
  • JOAN MIRO
  • JACSON POLLOCK
  • MARK ROTHKO
  • WILLEM DE KOONING
  • JASPER JOHN










JACSON POLLOCK

SENI POP

  1. Gerakan yang lahir pertengahan tahun 50-an, lahir di Britain dan Amerika Syarikat
  2. Subjek utama : imej popular seperti artis, pemimpin, benda komensil seperti minuman coca-cola dan lain-lain
  3. media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • ROBERT RAUSCHENBERG
  • ANDYWARHOL
  • JASPER JOHN
  • ROY LICHTENSTEIN
  • TOM WESSELMAN