Wednesday, December 30, 2009

ALIRAN SENI LUKIS

FAUVISME

  1. Subjek utama : merakam pelbagai imej yang manggambarkan potret, figura manusia, langskap dan alam benda
  2. Teknik : mementingkan kespontanan, penggunaan warna yang terang dan cerah. tidak mementingkan ruang sebenar tetapi mementingkan perasaan dan emosi yang lahir ketika imej tersebut dilukis. Warna tidak natural, menggunakan warna terus daripada tiup warna.
  3. Media utama : cat minyak
  4. Contoh pengkarya
  • HENDRI MATISSE
  • ANDRE DERAIN











HENDRI MATISSE

EKSPRESSIONISME

  1. Subjek utama : merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda
  2. Teknik : imej dipermudahkan, diolah secara ekspresif, sapuan warna yang kasar dan garang, melahirkan luahan perasaan seperti kemarahan, menakutkan, emosional dan imej diolah secara abstrak
  3. Media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • EMIL NOLDE
  • WASSILY KANDINSKY
  • EDVARD MUNCH
  • FRANZ MARC










WASSILY KANDINSKY

KIUBISME
  1. Subjek utama : merakam pelbagai inej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda
  2. Teknik : pencarian baru dan kefahaman dalam seni tampak. Subjek dipecahkan kepada pelbagai satah atau kiub
  3. Media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • PABLO PICASSO
  • GEORGE BRAQUE
  • JEANNE RIJ-ROUSSEAU
  • LOUIS MARCOUSSIS















PABLO PICASSO

FUTURISME

  1. Subjek utama : merakam imej yang berkaitan dengan perkembangan teknologi, gerakan manifestasi kemajuan, teknologi dan sains
  2. Media utama : cat minyak dan media campuran
  3. Contoh pengkarya
  • BOCCIONI
  • GIACOMO BALLA
  • DAVID BURLIUK
  • CARLO CARRA
  • TULLIO CRALI
















BOCCIONI

DADAISME
  1. Subjek utama : gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Pertama, menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman
  2. Teknik : melahirkan imej yang seoleh-oleh tidak bermakna, iaitu gambaran kepada suasana akibat peperangan dan kehidupan manusia manjadi seoleh-oleh tidak bermakna
  3. media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • MARCEL DUCHAMP
  • MAN RAY
  • KURT SCHWITTERS
  • FRANCIS PICABIA
  • JOHN HEARTFIELD
















MARCEL DUCHAMP

SUREALISME
  1. Subjek utama imej khayalan, bawah sedar dan alam mimpi, bersifat imej simbolik
  2. Media utama : cat minyak dan media campuran
  3. Contoh pengkarya
  • SALVADO DALI
  • GIACOMETTI
  • JOAN MIRO
  • MARC CHAGALL
  • MARCEL DUCHAMP
  • RENE MAGRITTE
  • MAX ERNST












SALVADO DALI

ABSTRAK EKSPRESIONISME

  1. Gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Kedua, menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman
  2. Luahan perasaan yang dilahirkan melalui sapuan berus yang spontan dan bebas. Melibatkan aksi dan pergerakan badan dalam penghasilan karya
  3. Media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya :
  • JOAN MIRO
  • JACSON POLLOCK
  • MARK ROTHKO
  • WILLEM DE KOONING
  • JASPER JOHN










JACSON POLLOCK

SENI POP

  1. Gerakan yang lahir pertengahan tahun 50-an, lahir di Britain dan Amerika Syarikat
  2. Subjek utama : imej popular seperti artis, pemimpin, benda komensil seperti minuman coca-cola dan lain-lain
  3. media utama : cat minyak dan media campuran
  4. Contoh pengkarya
  • ROBERT RAUSCHENBERG
  • ANDYWARHOL
  • JASPER JOHN
  • ROY LICHTENSTEIN
  • TOM WESSELMAN

No comments:

Post a Comment